Okeee da bersawang sgt aku tgk blog ni..sedar tak sedar da masuk bulan februari.ade ape dgn februari? ade cuti semester ngan valentine. ape tu valentine? hari berkasih sayang? kalo nak berkasih syg kene bulan februari jela? bulan2 seterusnye kene benci membenci? oke da melalut da kat situ..jom ke jalan yg lurus skang ni *straight to the point*. ni celoteh selingan je. exam da lame abes. skang ni tgh cuti jd daripada ko membuang mase dok kat umah bek keje ye tak? ni da masuk minggu kedua aku keje kat MBO Cinema Tesco Kepong. so far ni aku rase keje kat situ taklah membebankan. kejenye agak senang jage je tiket aka jd reviewer tiket utk customer sbb slalu tgk wayang free. hihihi..oke la nnti len mase aku update citer ape yg menarik utk ditonton sambil tidak membazirkan duit korang membayar gaji kitaorg ngeee :D
well exam is just around the corner..semalam hari terakhir utk test n jugak classes utk semester ni..starting from mgu depan adelah bermulanya study wekk..what?? study week?? oh menn kene membaca buku oke..tp ramai yg sudah memulangkan diri ke kampung halaman..oke nabila sabar k..ko bole balik puas2 lepas abes final exam nnti..hurmm ekceli entry ni xde ape sgt just nak updates je supaya xnampak sgt bersawang nye...haha..oke c u in the next entry..chill beb!
referring to the title,this is what im feeling at the moment..hurmm..empty inside my heart, inside my mind n im kinda bit in a moody mode..maybe because of lot of assignment should be done before the due date..n also i have to face with number of tests and this will make me having some STRESS! final exam is just around the corner...i hope can give the best for myself to get through the hardest part in my life :)
Hurmm..duduk kat tempat org ni mcm2 experience baru kita rase..setuju tak? bukan apa sbb entry kali ni aku nk citer pasal kenduri kawen sepupu kepada classmate aku..hari ni hari ape ye kengkawan? isnin btol tak? untk warga negeri selangor tentunya berseronok sbb hari ni hari keputeraan sultan selangor..oke cop cop dah menyimpang dah dr tjuk asal..berbalik kepada hari isnin..mcm pelik kan biler kenduri jatuh hari isnin..yelaa biasanya org akan bt kenduri sabtu or ahad..tp takpe sbb tu satu pengalaman bru..hmm lagi 1 aku mcm jakun sket biler kat kenduri kawen yg aku pegi ni dia hidangkan kerabu mangga n keladi masak ala2 kuah laksa..lg 1 tak tinggal adelah smbal blacan..dengan rakusnya aku mengadap lauk pauk tu mcm ko tgh makan lunch ye nabila padahal ko pegi kenduri tu dlm kol 5 kot..apee?? kol 5? haaa kalo kat kl kol 5 tu mknenye kenduri da abes k..da siap bukak khemah lg..byk jugak bezanye kenduri kawen kat kampung n kat bandar ni..lepas je melahap kat umah pengantin tu classmates aku sume pakat p jln kat bendang..msing2 berkelakuan mcm tak penah jumpe sawah termasuk la aku..hihih..so jom kita tgk keadaan sekitar kenduri n keindahan ciptaan Tuhan ni :)
konon diet la minum sirap jee
yeahhh itu diaaa hidangan aku yg menggunung da mcm panda
seblom makan menggedix dulu tgkap gbr
segerombolan pasukan berjalan menuju bendang
classmates aku
sengeh la ko nabila ade pacat melekat bru ko tau
aksi gedik nak keluar lalu batas
gbr penutup bersama kak wan :D
phewww..berakhir la sudah dinner mlm td..semalam adalah majlis makan malam yg diadakan sempena urk meraikan student2 dr course business marketing dan sesi beramah mesra..mcm2 aktviti diadakn.persembhan dr student2 setiap sem seperti karaoke,menari buatkan majlis tu lagi happening..hmm so far rasenye majlis ni not bad la walupon student dr course marketing tak ramai mcm course acct, finance or human resource.hmm..dengan adanye dinner semalam gak..aku secara tak rasminya bertindak sbg mak andam untk penari2 yg membuat persembahan..hahaha..tak hilang lagi rupanya skil menconteng muka org ni..hihi..ape pon jom layan gbr2 kat bwh :)
malam jalinan mesra business marketing
ima,auni,wan n sheena..da mcm artis dorang ni
mas,nabilah,ain
shima n zaty
yeahhh..keadaan bilik yang tunggang langgang
mak nenek ni pon nak interframe jugak :P
Hurm..berdasarkan tajuk di atas aku nak share sedikit sebanyak info mengenai kegemukan..nape aku pilih tajuk ni sbg entry kali ni? aku pon tak tau..aku rase tak semua org bertuah merasai kegemukan..(nak ckp ko bertuah ke nabila sbb ko penah gemok dulu?). yeapp aku penah mengalami kegemukan tak tau la tahap ke berapa tp aku rase utk dpt penyakit mase tuu tak kronik tp aku mengalami msalah kronik utk mencari baju..demn man..korang tau tak ape rasenye biler tgk baju cantik terpampang tp biler bawak pegi fitting room nak masuk bahu pon tak lepas..kalo mcm sarung nangka takpe lg..ni langsung tak bole nak try..nak bersukan lg la harammm...aku paham ape perasaan gegurl kat luar sane yg memiliki bdan plus size..tp aku pecaya zaman skang ni xsusah nak cari bju plus size..zaman aku dulu payah giler nak carii(maklum la bebudak takkan ko nak cari kat ladies department plak kan)..so aku nak selitkan beberapa ilmu pengetahuan sket psl obesiti..jom kenal dulu beberapa jenis kegemukan :)
Jenis-jenis kegemukan.
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan
berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan
tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
haa...da kenal badan sendri kategori mane? aku punye jenis kegemukan da tentu2 la gemok air n angin..plus lelemak..hahhaa
macam mane nak tau korang punye BMI tu ideal or not..ni formula nye (aihh otak aku da tepu asek blaja formula jerr)
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
so kat bawah ni adelah beberapa punca yg mendorong korang ke arah kegemukan =)
1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal
anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada
kadar yang normal dan seimbang.Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang
anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda
keluarkan.Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan
dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.Justeru, pastikan
bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam
tubuh anda.Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.
3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.
Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,
Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.
Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.
Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.
10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.
Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.
welll da baca kan info kat ats..kalo..harap2 korang dpt la sedikit sebanyak info yg disharekan kat sini.meh aku selitkan sekeping gbr mase zaman kegelapan dulu..hahaha
tahun 2007
tahun 2011 (ko bajet ko kurus la?) *ni la motif aku letak gbr ni nak perasan kurus*